Pengumuman Bajet Negara 2016 menyaksikan Kerajaan ketika ini hanya memperuntukkan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah yang ibu bapanya mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 ke bawah. 


Bagaimana pula bagi ibu bapa yang bergaji RM 4,000 tetapi mempunyai nilai tanggungan anak yang ramai? Maka ini adalah satu bentuk subsidi yang mengabaikan keadilan sosial secara saksama. 

Pihak Kerajaan menerusi pelbagai agensi perlu mempunyai formula mekanisme bukan sahaja mengambil kira faktor pendapatan isi rumah malah mengambil kira jumlah tanggungan yang memakan jumlah pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.



0 comments:

Post a Comment