Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Dato Seri Shahidan Kassim berhubung pengurusan bencana negara ketika ini amat bercelaru. PAS N9 masih bingung mengapa Najib Tun Razak masih mengekalkan Shahidan Kassim setelah Shahidan Kassim GAGAL menguruskan BENCANA di Negeri Sahabat Kita (Kelantan) pada tahun 2014 yang lalu?! 

Kenyataan FlipFlop Shahidan Kassim yang dapat dilihat di dada - dada akhbar amat bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum ini Shahidan Kassim menyatakan bahawa Agensi baru pengurusan bencana iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) akan mengambil alih KESELURUHAN TUGAS Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam pengurusan bencana. Kemudian selang 1 bulan Menteri ini tukar kenyataan pula dengan menyatakan MKN Bersedia untuk menguruskan banjir pada tahun ini. Mana satu kenyataan yang benar? APBN atau MKN?! 

Dalam pembentangan bajet baru-baru ini, Pentadbiran Najib Razak telah mencadangkan puluhan JUTA Ringgit Malaysia untuk diperuntukkan kepada APBN (agensi baru dalam pengurusan bencana negara) . Jika APBN belum lagi bersedia untuk mengurus bencana pada tahun ini, jadi untuk apakah puluhan jutaan ringgit itu diperuntukkan kepada sebuah jabatan BARU?! 

PAS N9 menyeru Shahidan Kassim untuk berundur daripada menjaga pengurusan bencana negara. Dia telah GAGAL dalam pengurusan 2014 maka dia perlu BERUNDUR! 


*apabila menteri bencana menguruskan bencana…hmmm...

0 comments:

Post a Comment